PENGENALAN
Sekolah Islam Ibnu Al-Nafis adalah sebuah sekolah swasta yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) .Pada asalnya sekolah ini telah di tubuhkan pada 15 Disember 2004 dan telah beroperasi pada 3 Januari 2005. Pada waktu itu sekolah ini di kenali sebagai Kelas Bimbingan Farhdu Ain diatas permintaan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor sekolah kami di naik taraf menjadi Sekolah Islam Ibnu Al-Nafis.yang didaftarkan pada 26 Jun 2007
Sekolah ini berkonsepkan 3M ,bersepadu,global,intelektual,fleksible,spritual.Walaupun kita menghadapai zaman yang membangun dengan pesat anak-anak kita tidak akan ketinggalan dan masih dapat di didik bukan sahaja untuk dunia semata-mata malah akhirat.Dengan menggunakan pendekatan psikologi kami tekankan asas-asas agama kedalam diri pelajar.Melalaui kaedah ini sifat-sfat Mahmudah dapat diserapkan kedalam diri pelajar, seperti budi pekerti yang baik, sopan santun,menghormati.Sifat-sifat sebeginilah yang patut diterapkan dalam pendidikan awal pelajar.Dengan konsep ini, kami hanya menempatkan seramai 15 hingga 20 orang untuk setiap sebuah kelas, kami berpegang pada kualiti bukan kuantiti.Dengan cara ini pendekatan kepada pelajar senang dialakuakan kerana pelajar tidak terlampau ramai.Dengan konsep ini juga, kami akan mendidik pelajar khususnya untuk mengaji Muqaddam dan Al-Quran,dapat menguasai bacaan dan hukum Tajwid.Setiap pelajar akan mempelajari Al-Quran sehingga Khatam dan pada akhir persekolahan pelajar akan dikurniakan Sijil Khatam Al-Quran.Ini Adalah titik permulaan untuk pelajar untuk terus minat dan mencintai Al-Quran.
Semoga dengan konsep ini, dapat menjadikan anak-anak kiter menjadi insan yang kamil yang bermutu tinggi dalam menghadapai dunia tanpa sempadan....
PENGASAS SEKOLAH
Ustazah Zainon bt Jarmani adalah nama yang sinonim di daerah ini . Beliau berpengalaman selama 20 tahun di dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan bekas seorang guru di KAFA Integrasi Al-Hidayah Taman Bunga Raya dan juga seorang Penceramah Bebas yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam.Beliau amat suka dengan ilmu yang berunsurkan keagamaan. Diatas sebab itu Beliau mengendalikan sendiri kelas fardhu ain di rumah seperti mengaji muqaddam dan al-quran, teori dan praktikal solat dan wuduk, pelajaran jawi serta seminggu sekali untuk kelas mengaji taranum.Selain itu beliau juga sangat aktif dalam bidang keagamaan, kebajikan dan berkhidmat di surau-surau berdekatan dan diluar Taman Bunga Raya Bukit Beruntung. Beliau juga sanggup menyewa sebuah rumah untuk di jadikan tempat pelajar-pelajarnya belajar.Kini beliau telah meletak jawatan sebagai guru KAFA dan telah membuka sekolah Tadika Islam Taman Bunga Raya di bawah kelolaannya dan beberapa orang pembantu. Beliau menyedari betapa pentingnya penerapan asas agama dalam diri anak-anak generasi baru ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ma ka dengan barisan ahli jawatankuasa nya, tertubuhlah sebuah sekolah iaitu Kelas Fardhu Ain dan Tadika Islam di Taman Bunga Raya yang beroperasi pada 3 Januari 2005.
No comments:
Post a Comment