Objektif Sekolah
INGIN MELAHIRKAN INSAN KAMIL
(Perkataan Kamil iaitu diambil dari bahasa Arab yang bermaksud Yang Bijak , Berilmu, Cemerlang )
KONSEP 3M 1. Membolehkan setiap anak-anak muslim mengetahui cara berwudhu dan solat dengan betul 2. Membolehkan setiap anak-anak muslim membaca Al-Quran dengan bertajwid dan panjang harakat yang betul 3. Membolehkan anak-anak muslim membaca dan menulis Jawi
Konsep 3M ini menerapkan tiga asas untuk dipelajari,iaitu membaca Al-Quran,Solat dan Wudhu dan Asas Jawi.Dari kajian dan pengalaman kami selama lebih 3 tahun, apa yang kami dapati tiga konsep ini adalah sebagai asas untuk mempelajari fardhu ain kepada pelajar.Pada hari ini kita dapat lihat ramai anak remaja yang tidak dapat menguasai asas fardhu ain dengan baik seperti membaca Al-Quran dan Jawi ( iaitu salah satu kesenian Islam )Dengan konsep3M ini dapat menjadikan pelajar lebih mudah untuk mempelajari asas Fardhu Ain dengan baik.
No comments:
Post a Comment