PENGENALAN
Sekolah Islam Ibnu Al-Nafis adalah sebuah sekolah swasta yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) .Pada asalnya sekolah ini telah di tubuhkan pada 15 Disember 2004 dan telah beroperasi pada 3 Januari 2005. Pada waktu itu sekolah ini di kenali sebagai Kelas Bimbingan Farhdu Ain diatas permintaan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor sekolah kami di naik taraf menjadi Sekolah Islam Ibnu Al-Nafis.yang didaftarkan pada 26 Jun 2007
Sekolah ini berkonsepkan 3M ,bersepadu,global,intelektual,fleksible,spritual.Walaupun kita menghadapai zaman yang membangun dengan pesat anak-anak kita tidak akan ketinggalan dan masih dapat di didik bukan sahaja untuk dunia semata-mata malah akhirat.Dengan menggunakan pendekatan psikologi kami tekankan asas-asas agama kedalam diri pelajar.Melalaui kaedah ini sifat-sfat Mahmudah dapat diserapkan kedalam diri pelajar, seperti budi pekerti yang baik, sopan santun,menghormati.Sifat-sifat sebeginilah yang patut diterapkan dalam pendidikan awal pelajar.Dengan konsep ini, kami hanya menempatkan seramai 15 hingga 20 orang untuk setiap sebuah kelas, kami berpegang pada kualiti bukan kuantiti.Dengan cara ini pendekatan kepada pelajar senang dialakuakan kerana pelajar tidak terlampau ramai.Dengan konsep ini juga, kami akan mendidik pelajar khususnya untuk mengaji Muqaddam dan Al-Quran,dapat menguasai bacaan dan hukum Tajwid.Setiap pelajar akan mempelajari Al-Quran sehingga Khatam dan pada akhir persekolahan pelajar akan dikurniakan Sijil Khatam Al-Quran.Ini Adalah titik permulaan untuk pelajar untuk terus minat dan mencintai Al-Quran.
Semoga dengan konsep ini, dapat menjadikan anak-anak kiter menjadi insan yang kamil yang bermutu tinggi dalam menghadapai dunia tanpa sempadan....
PENGASAS SEKOLAH Ustazah Zainon bt Jarmani adalah nama yang sinonim di daerah ini . Beliau berpengalaman selama 20 tahun di dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan bekas seorang guru di KAFA Integrasi Al-Hidayah Taman Bunga Raya dan juga seorang Penceramah Bebas yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama Islam.Beliau amat suka dengan ilmu yang berunsurkan keagamaan. Diatas sebab itu Beliau mengendalikan sendiri kelas fardhu ain di rumah seperti mengaji muqaddam dan al-quran, teori dan praktikal solat dan wuduk, pelajaran jawi serta seminggu sekali untuk kelas mengaji taranum.Selain itu beliau juga sangat aktif dalam bidang keagamaan, kebajikan dan berkhidmat di surau-surau berdekatan dan diluar Taman Bunga Raya Bukit Beruntung. Beliau juga sanggup menyewa sebuah rumah untuk di jadikan tempat pelajar-pelajarnya belajar.Kini beliau telah meletak jawatan sebagai guru KAFA dan telah membuka sekolah Tadika Islam Taman Bunga Raya di bawah kelolaannya dan beberapa orang pembantu. Beliau menyedari betapa pentingnya penerapan asas agama dalam diri anak-anak generasi baru ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ma ka dengan barisan ahli jawatankuasa nya, tertubuhlah sebuah sekolah iaitu Kelas Fardhu Ain dan Tadika Islam di Taman Bunga Raya yang beroperasi pada 3 Januari 2005.

Objekti Dan Konsep

Objektif Sekolah
INGIN MELAHIRKAN INSAN KAMIL
(Perkataan Kamil iaitu diambil dari bahasa Arab yang bermaksud Yang Bijak , Berilmu, Cemerlang )

KONSEP 3M 1. Membolehkan setiap anak-anak muslim mengetahui cara berwudhu dan solat dengan betul 2. Membolehkan setiap anak-anak muslim membaca Al-Quran dengan bertajwid dan panjang harakat yang betul 3. Membolehkan anak-anak muslim membaca dan menulis Jawi

Konsep 3M ini menerapkan tiga asas untuk dipelajari,iaitu membaca Al-Quran,Solat dan Wudhu dan Asas Jawi.Dari kajian dan pengalaman kami selama lebih 3 tahun, apa yang kami dapati tiga konsep ini adalah sebagai asas untuk mempelajari fardhu ain kepada pelajar.Pada hari ini kita dapat lihat ramai anak remaja yang tidak dapat menguasai asas fardhu ain dengan baik seperti membaca Al-Quran dan Jawi ( iaitu salah satu kesenian Islam )Dengan konsep3M ini dapat menjadikan pelajar lebih mudah untuk mempelajari asas Fardhu Ain dengan baik.

Organisasi Sekolah

Penaung Yang Berhormat Dato, Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom Pengerusi Mohd Yusof bin Mohd Zain Naib Pengerusi Ahmad Zaidi bin Jarmani Guru Besar Zainon bt Jarmani Guru Penolong Kanan Ustazah Hasnah bt Husain Setiausaha Mohd Ishak bin Mohd Yusof Naib Setiausaha Ustazah Hasnah bt Hussain Bendahari Mohd Nasrol bin Che Husain Naib Bendahari Ustazah Norhafizah bt Masuri Ahli Jawatankuasa Ustazah Siti Norhidayah bt Musa Norhayati bt Fidus Abd Khalid bin Wahap

Pilihan Program Yang Disediakan

1. TADIKA ISLAM
2. SEK.REN.ISLAM IBNU AL-NAFIS
3. KELAS MENGAJI / TEORI / PRAKTIKAL / TUISYEN AGAMA
4. KELAS WANITA DEWASA
5. KELAS DARI RUMAH KE RUMAH

Tadika Islam

TADIKA ISLAM (4, 5 & 6 tahun) - membaca muqaddam - solat-teori & praktikal - bimbingan doa - sukatan pelajaran TADIKA (TAKIS) - asas Fardhu Ain - membaca dan menulis Jawi - Subjek :Bahasa Arab,Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris - temasya sukan tahunan - konvokesyen - lawatan sambil belajar - sambutan hari lahir (kek percuma) SESI PEMBELAJARAN Pagi-8.00 pg-11.00 pg

Sekolah Rendah Islam Ibnu AL-Nafis

SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU AL NAFIS (Darjah 1 hingga Darjah 6) - bimbingan membaca muqaddam dan al-Quran - wudhuk - solat-teori & praktikal - kurikulum (JAIS) - membaca dan menulis Jawi - temasya sukan tahunan - konvokesyen - lawatan sambil belajar SESI PEMBELAJARAN Darjah 1- 3 – 8.00 pg-11.00 pg Darjah 4 –6 - 2.30ptg- 5.30 ptg (bergantung kepada sek.keb)

Kelas Mengaji / Teori / Praktikal / Tuisyen Agama

KELAS MENGAJI/TEORI/PRAKTIKAL/TUISYEN AGAMA (pelajar yang tidak mengikuti sek.agama) - bimbingan bacaan muqaddam & al-Quran - bimbingan tajwid/hokum mad mengikut harakat - teknik bacaan yang betul - wudhuk/solat - membaca dan menulis Jawi SESI PEMBELAJARAN ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS JUMAAT SESI PAGI 9.00PG-11.00PG SESI PETANG 2.30PTG-4.30PTG

Kelas Wanita Dewasa

KELAS WANITA DEWASA ( wanita ) umur 15 thn keatas - belajar Muqadam/Iqraq/ Al-Quran - belajar tajwid / taranum ( berlagu ) - mempelajari bacaan Mad panjang Harakat - Praktikal Wudhu ( air sembahyang ) - Solat lima waktu - bacaan doa - berzanji dan marhaban - belajar menulis / membaca jawi. - Fardhu Kifayah praktikal / Jenazah Wanita SESI PEMBELAJARAN SESI PAGI 9.00 PG – 11.00 PG SESI PTG 5.00 PTG – 7.00 PTG

Kelas Dari Rumah Ke Rumah

-Memberikan perkhidmatan pembelajaran terus kerumah.Pihak sekolah akan menghantar guru ke sana ( ke rumah pelanggan ) untuk mengadakan kelas. -Kawasan perkhidmatan di sekitar lembah Klang . -Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak sekolah.

Pelajar Tadika

Pada awal permulaan, Tadika Islam Taman Bunga Raya mempunyai pelajar seramai 15 orang sahaja iaitu pada tahun 2005.Penambahan bilangan pelajar meningkat sebanyak 35 orang
pada tahun berikutnya iaitu 2006 dan penambahan terus meningkat hingga ke 40
orang pelajar pada tahun 2007 .Peningkatan ini menunjukan bahawa respon ibu bapa disekitar kawasan kami sangat bagus.Kami sentiasa berusaha meningkatkan lagi kualiti pembelajaran .Dan maklum balas yang kami terima sangat positif

Pelajar Sekolah

Pada awal pembukaan sekolah yang dahulu dikenali sebagai Kelas Fardhu Ain,kami mempunyai pelajar seramai 35 orang iaitu pada tahun 2005,peningkatan pelajar terus meningkat seramai 45 orang pada tahun 2006 dan seramai 55 orang pada tahun 2007.

Hubungi Kami

SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU AL-NAFIS C-G-1 APARTMENT KENANGA TAMAN BUNGA RAYA BUKIT BERUNTUNG 48300 RAWANG SELANGOR DARUL EHSAN TELEFON/ FAX 03-6021 7058 TELEFON BIMBIT 013-607 3573 ( Ust Zainon ) 014-2174745 ( En Arif ) ALAMAT URL : http://alnafis.blogspot.com/ EMAIL : al_nafis@yahoo.com